Wednesday, January 26, 2011

DIRI SAYA???


Sebenarnya aku karang benda ni tuk assigment  abang jambul(lecturer kelas bI aku) je,kalau ikutkan ati,, tak nak aku  karang sal diri aku n semua ni,, memalukan sebab xde ape yang menarik pun sal diri aku,bk aku karang sal bnda lain,, sal cinta ke, lagi menarik,,huhu

    Saya  seorang anak kampung  yang dilahirkan dalam serba kekurangan,  walaubagaimanapun saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa saya. Tanggal 31 julai 1987, saya dilahirkan dengan penuh rasa syukur kerana  dilahirkan di bumi yang sudah mencapai kemerdekaan. Alhamdulillah...
Saya diberi nama Mohd Rafiey  oleh keluarga dan di daftarkan di dalam surat beranak dengan nama tersebut,  tetapi setelah beberapa minggu di awal kelahiran, saya sering menangis dan  mengikut  cakap seorang  tabib yang agak terkenal,, dia  mencadangkan namaku ditukar. Akhirnya nama Mohd iskandar menjadi pilihan keluarga saya. Akan tetapi nama mohd rafiey tetap menjadi nama rasmi saya dan ia dikenali oleh kawan-kawan sekolah  serta university. Apa yang mereka panggil samada rafiey atau iskandar, saya  tetap menghormati nama tersebut dan tak kisah sangat sal benda tu,,
Seperti kanak-kanak lain saya seorang  yang nakal dan tidak suka berada di rumah pada waktu siang. Saya suka pergi sekolah tetapi  setiap kali berada di sekolah, hati saya tidak sabar menunggu loceng  terakhir  dibunyikan oleh pengawas bertugas kerana  ia menandakan tamatnya waktu pembelajaran bagiku.huhu
Saya sangat berminat dalam bidang pertanian, ini mungkin kerana saya  dibesarkan dalam keluarga petani.  Sedikit sebanyak ilmu berkaitan bidang pertanian dapat saya pelajari walaupun secara tidak formal. Bila melangkah ke sekolah menengah, saya dapat sedikit pendedahan dan  mempelajari  bidang pertanian secara lebih formal. Manakala di tingkatan empat dan lima saya masih lagi mendalami bidang pertanian.
Sebelum memasuki alam tingkatan 6, saya beberapa kali menghadiri temuduga  untuk melanjutkan pelajaran berkaitan bidang tersebut, ini kerana  tingkatan enam tidak menawarkan subjek pertanian. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi saya kerana tidak berjaya dalam temuduga tersebut.saya redha dengan keputusan temuduga tersebut dan meneruskan pembelajaran di tingkatan enam. Alhamdulillah keputusan saya  agak baik  walaupun kurang cemerlang dan saya ditawarkan  untuk menyambung  ijazah sarjana muda dalam bidang landskap di university teknologi malaysia. Saya sangat bersyukur kerana minat saya dalam bidang pertanian tidak berkubur begitu sahaja...

walaupn aku karang sal diri aku, tapi  tak semua maklumat tu betul, ad yang sengaja aku tokok tambah, tu hanya tuk assigment je,, dia bukannya tahu pun kalau aku tipu dia,hehehe...

Monday, January 17, 2011

sedih la plak...

Malam ni rasa sedih dan bersalah plok sebab  tak wish birthday kat orang pnting dlm hdup aku, bukan sebab aku lupa atau tak de kesempatan nak ucap tapi aku ada rancangan lain tuk dia, sengaja aku call dan buat2 tak tahu tapi bila dengar suara si dia yang agak sayu membuat hati aku tak senang duduk,  mungkin bagi seseorng yang dalam perhubungan hari lahir adalah hari pling bermakna baginya, kalau bagi aku sekali pun, aku akan berharap si dia  adalah orang pertama yang wish birthday  kat aku... tapi lain pula yang aku lakukan kat dia, langsung tak wish,siap boleh tanya lagi nape dia macam sedih, nasib la si dia bukan orang yang emosional, dia buat relax  je nga soalan aku tu, dan tak jawab ape-ape pun, aku cuba mengalih perhatian cakap sal benda lain, dia layan je,,setelah beberapa minit panggilan yang aku buat tadi tu aku habiskan tanpa wish birthday kat dia. Aku harap dia tak kecik hati nga perbuatan aku tadi. Dia akan paham nape aku buat mcm tu kat dia bila tiba masanya iaitu hari thaipusam lagi tiga hari...huhu.....